PBB Bekenu Sokong Pencalonan Semula Ahmad Lai!

Perjumpaan yang dihadiri oleh badan induk, pemuda, wanita dan ketua-ketua ranting telah sebulat suara bersetuju untuk menyokong pencalonan semula YB Haji Ahmad Lai di Sibuti. Ini berdasarkan perkhidmatan beliau yang begitu cemerlang dalam membangunkan kawasan Sibuti. Rakyat juga sangat berpuas hati dengan prestasi beliau dan berharap agar perkhidmatan beliau diteruskan serta dicalonkan semula untuk penggal yang kedua menjelang PRU13 kelak.

Thursday, June 20, 2013

Hulurkan bantuan buat Saudara Kita di Kampung Datu dan Mangsa Kebakaran Sibu.

Photo: Mesyuarat Kebakaran Kpg. Datuk yg dipengerusikan oleh YB Datuk Amar Abg. Abdul Rahman Zohari, dan turut dihadiri oleh YB Datuk Fatimah Abdullah dan YB Abu Seman Jahwie

Mesyuarat Koordinasi Bencana Kampung Datu

image

Timeline YB Datuk Fatimah

Photo: Padang jarak padang tekukur - gambar ihsan Ketua Setiausaha Politik, Ketua Menteri Sarawak,  YB Abdullah Saidol

Disini bermula perjuangan kemerdekaan kita suatu masa dahulu

Ayuh saudara-saudaraku:
Mereka di Sibu tinggal sehelai sepinggang. Mereka di pusat penempatan memerlukan:


Pakaian
Lampin
Tuala
Tuala Wanita
Tilam
Selimut
Bantal
Air Mineral
Sabun
Ubat Gigi
Sejadah


Kita bantu apa yang termampu::

TABUNG BENCANA NANGKA
Bank: CIMB Bank
No. Akaun : 1107-0001376-20-5.

Wednesday, June 19, 2013

Jangan Termakan Hasutan Pihak Pembangkang

Pihak pembangkang hanya pandai menabur onar untuk mengelirukan rakyat.  Sekarang terbukti bahawa kerajaan BN tidak pernah mengambil tanah rakyat.  Selesai sahaja kerja menyukat maka tanah yang sudah diwartakan akan diserahkan kepada mereka yang berhak.

Sekarang pembangkang tiada modal untuk memperkecilkan kerajaan BN dan mereka mungkin tahu bahawa tembelang sudah pecah.  Kini mereka akan mogok untuk menerima gaji buta tanpa perlu turun ke Dewan Rakyat dan memikul tanggungjawab yang diberikan.

Bak kata pemimpin pembangkang Parlimen berbunyi begini…”Ini kerja ADUN bukan kelaja saya. Saya jaga Parlimen maah…”.  Mereka akan menolak tanggungjawab yang diadukan oleh rakyat kepada orang lain.  Ini jelas menunjukkan pihak pembangkang tidak mampu menjadi wakil rakyat khususnya wakil rakyat kalah yang tiba-tiba menang sebab ditipu oleh ketua pembangkang.

Kerajaan BN tidak bohong mengenai NCR

by Mohd Achil Norrlatep. Posted on June 19, 2013, Wednesday

HAK KAMI: Adenan (tiga kanan) menyerahkan warta kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Ahmad Lai (dua kanan) di Miri semalam.

MIRI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membohongi rakyat mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Katanya, beliau kesal kerana beberapa pihak khususnya di kawasan pinggir bandar termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu mengenai status tanah berkenaan.

“Sukat tanah NCR untuk kesenangan rakyat dikata hendak ambil tanah rakyat, nah sekarang siapa yang berbohong,” katanya pada Majlis Penyampaian Warta Pemberitahuan Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di Wisma Pelita, di sini petang semalam.

Turut hadir Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri Unus Tambi.

Menurutnya, penyerahan warta itu adalah bukti bahawa tanah NCR yang disukat oleh pihak JTS sebetulnya milik rakyat sendiri.

“Mari kita sama tolong sebarkan kepada mereka yang tertipu sebelum ini (ketika PRU13) mengenai status tanah NCR, kita perbetulkan.

“Jika ada perkara yang tidak jelas atau tidak berpuas hati, penduduk boleh duduk berbincang dan berjumpa pihak JTS di pejabat,” katanya.

Untuk tujuan pemberitahuan dan penyebaran maklumat sebenar itu, beliau menyeru pihak tuai rumah, penghulu, kaunselor dan semua ketua masyarakat berbuat demikian.

Pada masa sama, Ahmad Lai menasihati rakyat agar tidak mendengar apa-apa yang dihebahkan melalui Radio Free Sarawak (RFS).

“Tidak perlu dengar, RFS tidak beri informasi apa pun kepada rakyat, itu radio menyebar penipuan,” tambahnya.

Wednesday, June 12, 2013

PKR Bakal Hilang HAK Mewakili Rakyat

Ahli Parlimen PKR akan hilang hak untuk mewakili rakyat sekiranya  gagal mengangkat sumpah. Kemungkinan besar PRK akn diadakan serentak sekiranya wakil rakyat  gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan dalam tempoh masa terdekat. 

Sekiranya ini berlaku , rakyat akan tahu seikhlas mana perjuangan wakil rakyat PKR untuk membela nasib rakyat.  Kini rakyat mulai sedar wakil rakyat PKR tidak manu bekerja tetapi cuma inginkan nama dan populariti sahaja.  Janganlah rakyat menjadi dungu dengan memilih orang seperti ini pula sekiranya diadakan Pilihan raya kecil kelak bagi kawasan ahli parlimen PKR yang gagal mengangkat sumpah.

Ahli Parlimen PKR enggan angkat sumpah mungkin hilang hak sebagai wakil rakyat

Posted on June 12, 2013, Wednesday

image

MIRI: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang enggan mengangkat sumpah seterusnya memboikot sidang Parlimen pada 24 Jun ini, kemungkinan akan kehilangan hak keistimewaan sebagai wakil rakyat.

Penceramah bebas politik dari Semenanjung Malaysia, Sharif Mahmood, 55, berkata sekiranya Ahli Parlimen PKR enggan berbuat demikian, maka jawatan sebagai wakil rakyat secara sendirinya akan terbatal.

“Jika PKR meneruskan hasrat untuk memboikot sidang Parlimen dan enggan mengangkat sumpah, maka status mereka sebagai Ahli Parlimen secara sendirinya akan terbatal dalam tempoh tertentu.

“PKR hanya ingin mencetuskan keadaan huru-hara dan tidak menghormati sistem berparlimen di Malaysia kerana cita-cita mereka hanya satu, untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi di Kelantan semalam.

Berbanding rakan sekutunya, PAS dan DAP pula menyatakan pendirian untuk hadir ke persidangan berkenaan seterusnya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia.

“Ini menunjukkan ketiga-tiga parti ini tidak sehaluan dan sering menimbulkan kontroversi dengan memanipulasi isu-isu sensitif untuk mendapatkan perhatian dan simpati rakyat.

“Saya secara peribadi, PKR ini sengaja mencetuskan revolusi yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat sebaliknya cuba menyemarakkan api kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Menurutnya, mana-mana Ahli Parlimen PKR yang enggan mengangkat sumpah pada 24 Jun ini kemungkinan akan kehilangan jawatan itu dan kemungkinan juga pilihan raya akan diadakan bagi mengisi kekosongan itu.

“Sebenarnya PKR berasa tercabar dengan hasutan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya mereka tidak hadir ke sidang Parlimen, jika tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu dan tuntutan lain.

Sebab itu, mereka berani bertindak memulaukan Persidangan Dewan Rakyat selagi agenda mereka tidak tercapai meskipun dengan cara yang salah,” ujarnya.

Sharif berkata, meskipun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sudah berlalu, namun parti pembangkang tetap dengan strategi mereka untuk menanam kebencian rakyat kepada BN dengan isu-isu sensitif.

“Sebagai contoh, DAP memainkan isu perkauman antara kaum Cina dan Melayu, manakala PAS pula dilihat mempolitikkan isu keagamaan manakala cubaan PKR menimbulkan kekacauan dan keganasan.

“Mereka tidak pernah sehaluan sejak dahulu lagi kerana ketiga-tiga parti ini sentiasa berlainan idealogi dan mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai meskipun menggunakan taktik kotor,” katanya.

Tuesday, June 11, 2013

15 Jun 2013 Adalah Hari Terbuka Klinik Pakar 5 Hospital Umum Miri

Marilah berkunjung ke Klinik Pakar 5 Hospital Miri untuk mengetahui penyakit tekini hal berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak.  Klinik Pakar 5 terdiri daripada doktor pakar dalam hal berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak.

Jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda menghidap tanda awal sakit di bahagian hidung, telinga dan tekak yntuk mendapat rawatan dengan lanjut.

Hospital Miri adakan Hari Terbuka dan Forum Awam

Posted on June 11, 2013, Tuesday

image

MIRI: Jabatan Otorinolaringologi Hospital Miri akan menganjurkan Hari Terbuka dan Forum Awam tentang penyakit telinga, hidung dan kerongkong (ENT) di Klinik Pakar 5, pada 15 Jun bermula jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Objektif utama program itu ialah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang ENT terutama kanser kepala dan leher.

Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu akan merasmikan program itu.

Forum akan membicarakan tentang kanser nasofarinks oleh Dr Doris Evelyn Jong, jangkitan tekak oleh Dr Lim Eng Haw, alahan hidung oleh Dr Chong Khian Lu dan penjagaan telinga oleh Dr Lorna Chin Kin Tze.

Pengunjung juga boleh menjalani pemeriksaan ENT oleh pasukan ENT pada hari tersebut.

Di samping itu, klip video tentang penyakit ENT dan penjagaan harian akan juga ditayangkan untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang kesihatan dan status kesihatan mereka.

Dalam masa lima tahun lalu, penyakit ENT yang biasa dirawat di Hospital Miri adalah alahan hidung, jangkitan telinga, kanser hidung, jangkitan tonsils dan kurang pendengaran.

Antara simptom awal ENT ialah penglihatan berbayang, bengkak di leher, hidung tersumbat, sakit tekak, susah menelan, kesan darah dalam hingus dan air liur, berdesing dalam telinga, ulser (pecah mulut), tompok putih/merah dalam mulut dan suara serak atau bertukar

Friday, June 7, 2013

Baca Blog Dalam Facebook Anda