Wednesday, June 12, 2013

PKR Bakal Hilang HAK Mewakili Rakyat

Ahli Parlimen PKR akan hilang hak untuk mewakili rakyat sekiranya  gagal mengangkat sumpah. Kemungkinan besar PRK akn diadakan serentak sekiranya wakil rakyat  gagal mengisi kekosongan yang ditinggalkan dalam tempoh masa terdekat. 

Sekiranya ini berlaku , rakyat akan tahu seikhlas mana perjuangan wakil rakyat PKR untuk membela nasib rakyat.  Kini rakyat mulai sedar wakil rakyat PKR tidak manu bekerja tetapi cuma inginkan nama dan populariti sahaja.  Janganlah rakyat menjadi dungu dengan memilih orang seperti ini pula sekiranya diadakan Pilihan raya kecil kelak bagi kawasan ahli parlimen PKR yang gagal mengangkat sumpah.

Ahli Parlimen PKR enggan angkat sumpah mungkin hilang hak sebagai wakil rakyat

Posted on June 12, 2013, Wednesday

image

MIRI: Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang enggan mengangkat sumpah seterusnya memboikot sidang Parlimen pada 24 Jun ini, kemungkinan akan kehilangan hak keistimewaan sebagai wakil rakyat.

Penceramah bebas politik dari Semenanjung Malaysia, Sharif Mahmood, 55, berkata sekiranya Ahli Parlimen PKR enggan berbuat demikian, maka jawatan sebagai wakil rakyat secara sendirinya akan terbatal.

“Jika PKR meneruskan hasrat untuk memboikot sidang Parlimen dan enggan mengangkat sumpah, maka status mereka sebagai Ahli Parlimen secara sendirinya akan terbatal dalam tempoh tertentu.

“PKR hanya ingin mencetuskan keadaan huru-hara dan tidak menghormati sistem berparlimen di Malaysia kerana cita-cita mereka hanya satu, untuk menjadikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi di Kelantan semalam.

Berbanding rakan sekutunya, PAS dan DAP pula menyatakan pendirian untuk hadir ke persidangan berkenaan seterusnya mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Malaysia.

“Ini menunjukkan ketiga-tiga parti ini tidak sehaluan dan sering menimbulkan kontroversi dengan memanipulasi isu-isu sensitif untuk mendapatkan perhatian dan simpati rakyat.

“Saya secara peribadi, PKR ini sengaja mencetuskan revolusi yang tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat sebaliknya cuba menyemarakkan api kebencian rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Menurutnya, mana-mana Ahli Parlimen PKR yang enggan mengangkat sumpah pada 24 Jun ini kemungkinan akan kehilangan jawatan itu dan kemungkinan juga pilihan raya akan diadakan bagi mengisi kekosongan itu.

“Sebenarnya PKR berasa tercabar dengan hasutan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) supaya mereka tidak hadir ke sidang Parlimen, jika tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu dan tuntutan lain.

Sebab itu, mereka berani bertindak memulaukan Persidangan Dewan Rakyat selagi agenda mereka tidak tercapai meskipun dengan cara yang salah,” ujarnya.

Sharif berkata, meskipun Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sudah berlalu, namun parti pembangkang tetap dengan strategi mereka untuk menanam kebencian rakyat kepada BN dengan isu-isu sensitif.

“Sebagai contoh, DAP memainkan isu perkauman antara kaum Cina dan Melayu, manakala PAS pula dilihat mempolitikkan isu keagamaan manakala cubaan PKR menimbulkan kekacauan dan keganasan.

“Mereka tidak pernah sehaluan sejak dahulu lagi kerana ketiga-tiga parti ini sentiasa berlainan idealogi dan mempunyai matlamat tertentu yang ingin dicapai meskipun menggunakan taktik kotor,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda