Wednesday, June 19, 2013

Jangan Termakan Hasutan Pihak Pembangkang

Pihak pembangkang hanya pandai menabur onar untuk mengelirukan rakyat.  Sekarang terbukti bahawa kerajaan BN tidak pernah mengambil tanah rakyat.  Selesai sahaja kerja menyukat maka tanah yang sudah diwartakan akan diserahkan kepada mereka yang berhak.

Sekarang pembangkang tiada modal untuk memperkecilkan kerajaan BN dan mereka mungkin tahu bahawa tembelang sudah pecah.  Kini mereka akan mogok untuk menerima gaji buta tanpa perlu turun ke Dewan Rakyat dan memikul tanggungjawab yang diberikan.

Bak kata pemimpin pembangkang Parlimen berbunyi begini…”Ini kerja ADUN bukan kelaja saya. Saya jaga Parlimen maah…”.  Mereka akan menolak tanggungjawab yang diadukan oleh rakyat kepada orang lain.  Ini jelas menunjukkan pihak pembangkang tidak mampu menjadi wakil rakyat khususnya wakil rakyat kalah yang tiba-tiba menang sebab ditipu oleh ketua pembangkang.

Kerajaan BN tidak bohong mengenai NCR

by Mohd Achil Norrlatep. Posted on June 19, 2013, Wednesday

HAK KAMI: Adenan (tiga kanan) menyerahkan warta kepada salah seorang penerima sambil disaksikan Ahmad Lai (dua kanan) di Miri semalam.

MIRI: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah membohongi rakyat mengenai tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), kata Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang.

Katanya, beliau kesal kerana beberapa pihak khususnya di kawasan pinggir bandar termakan hasutan pihak tidak bertanggungjawab pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu mengenai status tanah berkenaan.

“Sukat tanah NCR untuk kesenangan rakyat dikata hendak ambil tanah rakyat, nah sekarang siapa yang berbohong,” katanya pada Majlis Penyampaian Warta Pemberitahuan Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri di Wisma Pelita, di sini petang semalam.

Turut hadir Menteri Tugas-tugas Khas Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Miri Unus Tambi.

Menurutnya, penyerahan warta itu adalah bukti bahawa tanah NCR yang disukat oleh pihak JTS sebetulnya milik rakyat sendiri.

“Mari kita sama tolong sebarkan kepada mereka yang tertipu sebelum ini (ketika PRU13) mengenai status tanah NCR, kita perbetulkan.

“Jika ada perkara yang tidak jelas atau tidak berpuas hati, penduduk boleh duduk berbincang dan berjumpa pihak JTS di pejabat,” katanya.

Untuk tujuan pemberitahuan dan penyebaran maklumat sebenar itu, beliau menyeru pihak tuai rumah, penghulu, kaunselor dan semua ketua masyarakat berbuat demikian.

Pada masa sama, Ahmad Lai menasihati rakyat agar tidak mendengar apa-apa yang dihebahkan melalui Radio Free Sarawak (RFS).

“Tidak perlu dengar, RFS tidak beri informasi apa pun kepada rakyat, itu radio menyebar penipuan,” tambahnya.

0 comments:

Post a Comment

Baca Blog Dalam Facebook Anda